me n mylovely

me n mylovely

Thursday, 17 August 2017

raya 2017


salam aidilfitri dari kami sekeluaga...

dipagi hari raya pertama
kami sepakat tahun ni tema color kelabu... alhamdulilah semuanya dipermudahlan.
raya pada tahun ni, kami tak dapat ke melaka utk beraya bersama family kat duyung... dgn keadaan aku masih lagi berulang alik ke hospital putrajaya utk melawat anak perempuan kami yg berada di wad NICU... Alhamdulilah melur ufairah stabil dari hari ke hari aku dan suami tidak la susah hati sangat cuma keadaan badan kami mmg sgt2 tidak stabil penat ulang alik ke hospital tapi semua bukan la alasan utk kami tidak melawat anak kami... apa lagi suami ku yang hari hari setia melawat anak kami tanpa memikirkan kepenatan badan nya yang apa lagi masa bulan puasa hari tu ari2 selepas kerja melawat melur di hospital....

cerita pasal raya tahun ni giliran beraya di sepang umah mertuaku... suasana pagi raya yang merian dgn semua adik beradik ada kecuali imah yg giliran beraya di mertuanya di melaka... selepas kaum adam selesai solat raya kami pun makna bersama2 n bersiap2 utk keluar beraya laa, sebelum tu bermaaf maafan sesama ahli keluarga dulu diutamakan, memohon kemaafan dri kedua org tua kami mak n abah, serta adik beradik yang lain..

lea & suaminya husni

mamat & isterinya sue

nani & suaminya nazri

ayen & isterinya aisyah

cik ton masih single lepas raya ni nikah... dh bergelar iseri org pun semasa aku update blog ni..



mamat n anak angkatnya... 

induk nk duit raya... 

anak2 aku
 walupun setahun sekali acara besalam memohon maaf dri anak2 kami tpi suasana ini pasti terpahat di memori 





lovely adik ipar... ishh gemok lagi laa aku! ermm

me n mylovely suami selfi muahhh

selfi ngan ayah mmg wajib...


Tuesday, 11 July 2017

abah



assalammualaikum abah....
abah semoga abah tenang disisinya semoga abah baik2 disane... kak long amat merindui abah rindu yang amat mendalam... terima kasih kerna membesarkan kak long sihinnga nafas abah yang terakhir.. ya allah terima kasih kerna memberi aku peluang menatap abah disaat engkau mengakhiri nafas abahku.. ianya saat bererti pada ku dan ko dengar ya allah. aku memohon agar aku diberi kesempat di akhir nafas abah tiada doa yang lain selain ingin berada disisi abah di saat abah nazak syukur alhamdulilah abah pergi dalam keadaan yang tenang....

tenanglah abah disane tiada lagi kesakitan yang abah perlu tanggung kita sebagi hamba allah dimuka bumi ini pasti akan menghadap ilahi  suatu hari nanti....
permergian abah amat k.long rasai tiada lagi senyuman abah yang yang sering kali membuat kak k.long tersenyum bila berbicaraa ngan abah... tiada lagi tempat k.long nak mengadu segala duka perit yang k.long lalui walupun abah sering ckp kat k.long semua ini dugaan utk kita tpi jika abah masih ada dapatlah k.long meluahkan segala nya kt abah... abah k.long rindu abah....

abah andai abah ada lagi ingin k.long beritahu segala2 nya yang berlaku pada k.long. abah segala suka duka yang k.long tempoh sejak kebelakangan ini... abah dengar la kesedihan k.long walau abah tiada lagi didunia yang penuh liku ini... 

andai mampu k.long menentukan takdir hidp ingin sekali k.long bersama abah ketika ini... ilangkan segala kekusutan yang ada dlm diri k.long biarla kita sama2 berada dialam hukuman allah dri menerima hukuman dri manusia yang tidak ada akal fikiran. manusia yang hanya pandai berkata2 yang indah hakikat nya racun yang ditaburkan dlm bahagia......

setiap kali k.long melihat diri k.long akan tebayang wajah abah semakin meningkat usia kita semakin sama abah ya k.long satu2 nya anak perempuan abah...

abah andai ada kesempatan k.long akan ziara pusara abah dgn cucu abah yang tidak kesempatan abah lihat... k.long melahirkan seorg cucu perempuan abah... melur ufairah namanya abah.. indah kan nama cucu abah.. 

abah k.long rindu coleteh abah
ala long ko niee 
x pe biarkan esok2 diorg dapat balasan
cerita2 politik ngan abah
abah ada kala kita perlu ada rahsia kan abah...
rahsia antara abah dan anak perempuan nyaa...




Saturday, 29 April 2017

besday mylovely boy


happy birthday mylove...
mylovely boy 
mama sayang k-pop mama

semoga anak mama sihat2 hendaknya bijak dalam mengaturkan kehidupan yang semakin mencabar.. dan mendapat rahmat dri yang Esa.. aminn

terima kasih pada induk lea n uncle husni atas belanja dinner besday alif pada mlm ni..
tak mungkin mama lupa utk seketul kek utk anak mama tpi rezeki kita mlm nieinduk nk belanja alif dri jauh induk datang utk sama2 raikan besday alif syg betol induk kat alif...


 kek pilihan mylovely boy




 ermm muka yang x nak bergambar... susah betol skg ni nk bergambar senyum pun kena paksa...

 malu ke geli kena cium.. 

si adik tak lepaskan peluangg nk potong kek gak 

photo utk kenangan2 kami 
masa aku mengadung mybe 20 weeks lebih kurang gitu laa

Wednesday, 28 September 2016

kembali setelah terhenti

Bismillahirahmannirahim......
28sept2016rabu

Jari jemari terhenti sektika ketika memulakan menekan keybod laptop ni entah kenapa kepala berpinar2 memikirkan apa yang harus aku taipkan terlalu banyak nk diceritakn diluahkan di alam maya yang ku pangil BLOGku.....

Slowly idea datang bila jari2 ni dh mula menekan huruf2 yang akan aku jadikan tempat luahan hatiku....disni la tsimpannya segala kenanganku yang akan dibaca oleh org2 yang singah ke blog ku secara sengaja atau tidak.. tiada niat untuk mencerita kan apa2 yang baik atau pun cerita duka cuma sekadar meluahkan dan berkongsi segala cerita hati sebagai memori untuk ku.....

Setahun telah berlalu aku melepak dirumah hanya membuat kerja2 rutin yang digelar kan oleh manusia kerja surirumahtangga... ermmm mmg ada best nya dan ada tidak bestnya tapi bagi aku yang bestnya ko x perlu bersiap2 lagi dipagi hari untuk ke opis cuma ko perlu mandi hari2 walaupun ko tidak kmana2 hahahaha mandi tu mestikan!! tapi yang sama rutin harian ku adalah secawan nescafe benda yang sama sewaktu 10tahun bekerja dlu...nescafe ya nescafe yang wajib ku teguk dlu...

Ada kalanya terfikir yang kebusaanan melanda bila pagi2 dirumah hanya ditemani oleh pinkyku yang setiasa ku bawa kemana2 itu la kawan sepanjang hariku tiada pinky mmg aku entahla apa yang aku boleh gantikn klo tiada pinky...harap kesetiaan pinky bertahan keakhirnya.... busan!! busan marah bila penat bkemas umah jdi bsepah semula dapur bersepah ruang tamu besepah mmg aku jdi fedap mmg akan sakit otak n rasa nk pi opis x yah hadap semua ni ari2... tpi kenangkan bkerja tu lebih stress(bukan sebab kerja opis) aku rsa bsyukur kerna aku ada dirumah rumah ku...ya rumah ku yang aku ngan mylove beli dri usaha kami... myhome is syurga kami.... 

Tetapi aku bersyukur tidak semua wanita dapat apa yang dia inginkn mcm aku jugak ada jugak keinginan yang aku tak dapat bila berhenti kerja ni dah tentula duit bulanan dari titik peluh sdri semua tu rezeki dari allah swt.. cuma kita perlu berusaha untuk mendapatkanya walau bukan pendapatan setiap bulan seperti sebelum2 nie...

Semua tertanya kenapa aku berhenti kerja... ini soal hati jawabku.. hati dah beku untuk melangkah ke alam pekerjaan hanya tu boleh ku luahkan apa lagi bila dikenangkan jadual waktu kerja aku dan mylove sgt2 beza aku hanya membuang masa menunggu dia balik kerja yang entah tak pasti setiap hati waktunya..... dan aku, hati aku sebagai seorang mama tidak sangup lagi melihat 2 anak ku mengheret beg baju beg sekolah setiap malam dengan makan rehatnya tidak aku ketahui... aku rasa itu la membuatkan aku kuat untuk berhenti kerja walaupun ada kata2 hati membisik aku akan rindu masa bekerja tetapi aku lawan kata2 tu bila melihat anak2 aku tersusun waktunya dirumah dengn selesanya... biarla ku ilang punca pendapat yang selama nie aku dapat memenuhi segala hasrat ku dengan hasil gaji kerja ku...

Ya mmg aku berkorban untuk segala nya seperti mama yang lain berkerja punyai masa diopis kawan2 masa berjimpa setiap waktu lunch apa2 lagi hari2 gaji mmg rindukn semua tu tetapi aku percaya semua itu untuk aku sudah terhenti aku dipilih untuk memulakan perjalanan yang baru arah tujuan yang baru kehidupan yang baru... ianya telah aku mulai nya dan sudah setahun ianya berlalu aku bahagia dalam duka!.

*bermula La perjalanan coretanku mengikut waktu* 
#kata hati 








Thursday, 15 September 2016

Swiss Garden 3

Swiss Garden
Holiday
Day 3
#Pantai Balok Kuantan
#Pantai Telok Cempedak

3 hari 2 malam kami menumpang tido di swiss garden hotel... tibala masa kami balik ke rumah kami... my home is syurga kami... tiada aktiviti pantai cuma anak2 saja menghabiskan masa mandi pool n aku dan en suami merehat2kn diri dalam bilik mengemas2 apa yang patut maklumla anak2 ramai hihihihihi..walupun hanya ber4 tapi bekalan kami sekapal mcm nak duk setahun kt hotel ni...

cukup masa kami pun beredar dari bilik entah apa no lupa lak nak hafal.....
aktiviti wajib, bergambar selfie sepuasnya...



 me n en suami... sayang awak ketat2 en suami

 kami... 



 soft toy ketam n gelang ala2 pandora dri kedai dihotel ni jadi kenanganku 



 Percutian yang indah dlm list untuk tahun 2016 untuk kami. walaupun kesibukan en suami jika dirancang dengan baik inshallah pasti dilorongkan oleh maha Esa... amin semoga hari2 yang mendatang kebahagian untuk kami sekeluarga masih ada.


Wednesday, 14 September 2016

Swiss Garden 2

Swiss Garden, Kuantan
#Pantai Balok Kuantan
#Pantai Telok Cempedak
#Holiday
#Day 2

2nd day kami di swiss garden after bfast siap2 terus kami ke pantai Telok cempedak..
pagi2 lagi anak2 dh siap tiup donat angin ni.. bila kata x boleh mandi pool mula la masing2 buat muka kecewa..yang siadik temenung hadap donat angin dia... yang siabg kecewa tapi dah faham bila kita beritahu sebabnya...

kami ingatkan ke pantai telok cempedak jauh. dri hotel rupa2nya hanya 20 minit je dah sampai x la jauh mane cuma kalo nak ke bandar kuantan kedepan sikit mybe dlm 1 hour lagi kot entah la kami tak ke bandar pun cuma mahu mencari angin pantai... last aku sdri jejakkn kaki kesni msa zaman kanak2 dlu ngan family aku tahun berapa pun aku dh ingat dah... so skg aku dtg semula bersama2 suami dan anak2 aku... terlalu banyak dah perubahan mengikut zaman makin cantik dan makin sukar ke pantai klo dulu seingat aku x ada la tembok2 tempat lepak ni so mmg akan ke pantai terus bila agak jauh dri mata untuk main air laut lupakan je la hasrat nk siram2 kaki ya tgk je la dari jauh...


hebat gak fast food yang ada kat pantai ni...McD.... KFC... n Starbak... bgus2 mmg menarik perhatian pelancong2 luar negara x susah diorg nk makan n melepak kan..jgn kata pelancong luar negara...rata2 muka local gak yang melepak.. lagi pun ku rasa pantai telok cempedak ni la pantai yang rata2 family bawak anak2 melepak hujung minggu.... pantai cantik gerai2 makan pun ada selain fast food... jualan yang paling hebat aiskrim n buah2 potong..



selfie bersama yang memahami



 me n en suamiku

 mcm2 gaya sebenarnya cukup la ku uplod kan 2 keping ni...




 mcm x best je poto nie.... x ready pun lagi
panas un silau mata...


dah jauh sgt ni cukupla sampai pondok ni jom patah semula kita makan jom


KFC pilihan anak2 kami ikutkan saja...sedap je dri cuaca panas terik tadi rupa2nya hujan semasa kami oder kfc...alhamdulilah sejuk mata dri terik matahari....

dah jom balik hotel... senyum yang bermakna dari mawar n si abg


mama nak rehat okey u all mandi kolam puas2 yaa...esok risau x sempat 
leganya dapat merehatkan diri di balkoni hotel sambil melayan perasaan... time nescafe secawan